Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH 1431H,the blessings(:












i guess i prefer to post this entry in fully malay version,hehe..happy reading dear bloggers!:)


it's the first muharam TODAY..alhamdulillah syukur dipanjatkan kpd ALLAH S.W.T krn diberikan nafas utuk terus berjihad di atas muka bumi ini:)

alhamdulillah,semalam sempat juga baca doa akhir tahun just a few minutes before azan maghrib dgn roomate t'sayang ash..and solat maghrib b'jemaah dkt umah ni.then before azan isyak baru turun kat hall bawah cz ada solat jemaah beramai2 utk smbutan maal hijrah.

sesi tazkirah semalam in between maghrib dgn isyak dikendalikan oleh my dear roomate gak,hasya & ex housemate, akmal.basically akmal b'cerita ttg hijrah RASULULLAH SAW dr Mekah ke Madinah dan perjuangan baginda , mcm yg selalu penceramah2 bgtau time sambutan maal hijrah dekat sekolah dulu2,hehe.and hasya pula cerita pasal hijrah di zaman ini,yg dikhususkan kepada golongan remaja seperti saya ni:)byk input dan ilmu yg diperoleh,tak sia-sia turun dewan semalam.

dan spjg majlis tazkirah tu b'langsung jugalah,hati ni tak henti2 muhasabah, menilai balik apa yg dah dilakukan sepanjang hidup menjadi hamba ALLAH SWT. banyak sebenarnya perkara berkaitan agama yg sering dipandang ringan,or t'lepas pandang. diri ini lemah ya ALLAH,doaku semoga aku akan terus istikharah utk berhijrah kpd yg lebih baik di sisi MU..

teringat kata hasya,"apa-apa pun perkara kalau didahului dgn niat yg baik,walaupun belum dilakukan lagi pun dah mendapat ganjaran.." dan "sekurang-kurangnya kalau dpt lakukan perubahan yg sedikit pun jadilah sebagai p'mulaan.. " lebih kurg macam tulah isi2 tazkirah yg dia sampaikan smlm.ya,memang tak dinafikan, islam itu sendiri tak memandang kesempurnaan dalam semua perkara, sekurang-kurangnya kita ada kesedaran utk berubah kan?niat yg baik tentu akan m'hasilkan sesuatu yg baik..(:

banyak sebenarnya nak cerita,tapi takpalah..tak pandai nak susun ayat,sebab apa yg tsirat di hati ni susah nak digambarkan perasaan dan rasa yg macam mana..akhir sekali..

buat renungan para muslimin;

Ingatlah kamu dalam berlari mencari redha Tuhanmu,
Tidaklah ia dihiasi dengan wangian kasturi,
Tetapi ditaburi dengan onak ranjau yang tidak terperi,
Hidup ini akan menjadi indah jika segalanya kita lakukan kerana ALLAH SWT..
ALLAHUAKBAR!!


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA MUJAHID DAN MUJAHIDAH YG DIBERKATI ALLAH SWT..BERSAMA KE ARAH MENCAPAI PERIBADI MUKMIN YANG UNGGUL..amin..

p/s:bila tengok balik bukan 100% pun guna b.melayu haha:))


No comments:

Post a Comment